Tuesday, 11 March 2014

Proses Tanam Uri Secara Islam




CARA atau PETUA MENANAM URI atau TEMBUNI atau PLASENTA

NOTA: Uri harus ditanam dengan segera bagi mengelakkannya berbau busuk.
  1. Mulakan dengan baca Bismillahirahmannirrahim.
  2. Cuci bersih dengan air bersih, hilangkan darah. Jangan guna sabun atau syampu.
  3. Bilas dengan air yang dicampur GARAM + ASAM JAWA sambil berselawat dan doa yang baik-baik. Ini utk hilangkan bau Darah.
  4. Balut uri dengan KAPAS.
  5. Letakkan dalam bekas mudah reput, letak garam kasar dan asam keping. Untuk menghalang bau Darah.
  6. Letak dalam kain putih dan ikat kemas.
  7. Gali tanah sedalam mungkin, supaya tidak dikesan dan dikorek anjing atau binatang lain.
  8. Baca Bismillahirahmannirrahim, Al-Fatihah, 3QUL, Ayat Kursi, Selawat dan Berdoa kpd Allah supaya Uri dan Bayi kita dilindungi dari gangguan Iblis, Syaitan & Jin semasa meletakkan uri.
  9. Tanam ditempat yang bersih dan selamat. Contohnya perkarangan surau atau masjid.
  10. Letak batu atau benda berat, tujuan utk melindungi dari dikorek binatang.
  11. JANGAN letak lilin dan barangan sebagainya yang boleh mendatangkan syirik dan khurafat.
Hukum menanam uri adalah HARUS. (JAKIM)
  • Uri tersebut perlu dibasuh dan ditanam di dalam tanah supaya ia tidak dimakan oleh haiwan.
  • Uri orang-orang Islam adalah suci dan dengan itu tidak boleh di bakar atau dijual. Mana-mana orang Islam yang melahirkan anak di hospital dikehendaki membawa balik uri-uri itu untuk di tanam di tempat masing-masing
  • JANGAN menanam uri bayi dengan lada hitam, paku, pensil dan sebagainya. Ianya adalah amalan Khurafat.

 

No comments:

Post a Comment

UAI (Q&A) - Langkah Quran, Kuliah, Nikah ke2, aurat & najis.

Nabi berpesan: " Aku tinggalkan kepada kamu dua perkara dan kamu tidak akan sesat selama kamu berpegang kepada keduanya iaitu ...