Thursday, 27 September 2012

Ustaz Azhar Idrus - Takut Hantu


Surah yg digalakkan dibaca utk ibu mengandung

Surah yg digalakkan dibaca utk ibu mengandung

1. Surah Al-Fatihah
Untuk terangkan hati dan kuatkan daya ingatan

2. Surah Luqman

Untuk memperoleh anak yang cerdik akal dan jiwannya

3. Surah Al Hujurat

Untuk memperbanyakkan susu ibu dan sifat berhati-hati ( anak )

4. Surah At-Taubah

Untuk membersihkan jiwa dan memelihara diri daripada maksiat

5. Surah Maryam

Untuk memudahkan ibu bersalin dan memperoleh anak yang soleh

6. Surah Yusuf

Untuk memperoleh anak yang cantik rupa dan cantik akhlak

7. Surah Yasin

Untuk ketenangan hati dan anak jauh dari godaan Iblis dan Syaitan

8. Surah An Nahl

Untuk melahirkan anak yang berdisiplin 


Monday, 24 September 2012

Apa itu ISLAM?

Apa itu ISLAM?


“Islam itu ditegakkan di atas lima perkara, bersaksi bahawa tiada Tuhan yang disembah melainkan Allah, dan bahawa Muhammad adalah hamba dan utusanNya, mendirikan solat, menunaikan zakat, haji ke Baitullah dan berpuasa di bulan Ramadan.” (Hadis Riwayat Bukhari no.8 dan Muslim no.16)


Solat itu tiang Agama

Assola tu imanuddin... 

“Solat itu tiang agama, sesiapa mendirikan solat maka dia telah mendirikan agama dan sesiapa meninggalkan solat dia telah meruntuhkan agama”.  (riwayat Baihaqi) 

Sama2lah kita jaga solat... insyaAllah Allah akan pelihara kita...

 

Orang yang tidak solat di umpamakan seperti Binatang ternakan..

“Dan sesungguhnya Kami jadikan untuk neraka jahanam banyak dari jin dan manusia yang mempunyai hati (tetapi) tidak mahu memahami dengannya (ayat-ayat Allah), dan yang mempunyai mata (tetapi) tidak mahu melihat dengannya (bukti keesaan Allah) dan yang mempunyai telinga (tetapi) tidak mahu mendengar dengannya (ajaran dan nasihat); mereka itu seperti binatang ternak, bahkan mereka lebih sesat lagi; mereka itulah orang-orang yang lalai.” (al-A’raf : 179)

Sbg makhluk ber akal.. Biar lah kita berbeza dri Binatang.. Solat lah wahai manusia.. Ikut lah perintah Agama..

Ubat hati ada 5 perkara

Ubat hati ada 5 perkaranya:

Yang pertama: membaca Al-Quran dan maknanya
Yang kedua: Mendirikan Solat malam
Yang ketiga: Berdampinglah dengan orang sholeh
Yang keempat: Perbanyakkan Berpuasa
Yang kelima: Perbanyyakkan Zikir di malam hari


Syurga Isteri di bawah tapak Kaki Suami

"Suami kitalah yang menentukan syurga neraka kita.. bila kita belum kahwin syurga di bawah telapak kaki ibu, bila kita sudah kahwin syurga bawah telapak kaki suami pula.. Jangan lawan, jangan kita rasa menang dengan suami.. kerana perjalanan kita masih jauh..iaitu akhirat.." -Ustaz Azhar Idrus- 


PETUA MENGESAN KEHADIRAN SIHIR

PETUA MENGESAN KEHADIRAN SIHIR

1. Jika anda kerap mendengar bunyi berdesing dalam kepala menunjukkan anda disihir. Tukang sihir mungkin memuja roh anda dan menghantar jin/syaitan dalam roh anda. Kesihatan anda selepas itu merosot dari hari ke hari, badan selalu terasa lemah dan tidak bersemangat. Lama kelamaan akan mendapat penyakit misteri dan jika tidak diubati boleh merana dan membawa kematian.

2. Untuk mematikan sihir yang dihantar kepada anda, amati bunyi desing dalam kepala. Jika tiba-tiba terasa bunyi berdesing dalam kepala anda, cepat-cepat baca “Auzubillah himinas syaito nirajim” dan terus membaca “Bismillah hirrah manirrahim”. Bunyi tersebut pasti akan berhenti. Ini bermakna syaitan yang cuba memasuki akan terbakar dan gagal memasuki roh anda untuk menyihir.

3. Setelah itu cepat-cepat minum air limau nipis dengan membaca 3 kul dan selawat syifak. Mandi air limau nipis samada waktu mghrib/pagi lepas subuh.



Lafaz Selawat Syifak adalah seperti berikut:

اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ طِبِّ اْلقُلُوْبِ وَدَوَائِهَا وَعَافِيَةِ اْلأَبْدَانِ وَشِفَائِهَا وَنُوْرِ اْلأَبْصَارِ وَضِيَائِهَا وَعَلَى آلِهِ وَسَلَّمَ
Maksudnya: Ya Allah kurniakanlah selawat dan salam keatas Muhammad, penawar dan pengobat hati, penyehat dan penyembuh badan, cahaya dan penerang pandangan mata, dan juga keatas keluaraganya.

4. Untuk mengelak perbuatan sihir /buatan manusia jahat, rahsiakan tarikh lahir dan nama ibu anda. Jangan beri kepada orang sembarangan. Sihir berlaku melalui alam roh dan syaitan memasuki roh anda jika ia mengetahui tarikh lahir dan nama ibu anda.


Wallahuallam..

Saturday, 22 September 2012

Doa Mohon Terhindar Dari Hutang

Doa Mohon Terhindar Dari Hutang

“Allaahumma innii a’uuzubika minal hammi wal hazani wa a’uuzubika minal ‘ajzi wal kasali wa a’uuzubika minal jubni wal bukhli, wa a’uuzubika min galabatid daini wa qahrir rijaal.”

Erti Doa Mohon Terhindar Dari Hutang

“Ya Allah, aku berlindung kepada-Mu dari kesusahan dan kedukaan. Aku berlindung kepada-Mu dari kelemahan dan rasa malas. Aku berlindung kepada-Mu dari rasa takut (pengecut) dan kikir. Dan aku berlindung kepada-Mu dari lilitan utang dan cengkeraman orang-orang yang berkuasa.”


 (H.R. Abu Daud)

Doa Mohon Petunjuk Hidup

Bacaan Doa Mohon Petunjuk Hidup

“Allaahumma innii as’aluka rahmatan min ‘indika tuhdii bihaa qalbii wa tajma’u bihaa syamlii wa tarudda bihal fitana ‘anni wa tuslihu bihaa diini wa tahfazu bihaa gaibii wa tarfa’u bihaa syaahidii wa tuzakkii bihaa ‘amalii wa tubayyidu bihaa wajhi wa tulhimunii bihaa rusydii wa ta’simunii bihaa min kulli suu ‘in”

Arti Doa Mohon Petunjuk Hidup

“Ya Allah, aku memohon kepada-Mu curahan rahmat dari sisi-Mu, yang dengannya hatiku mendapat petunjuk, terkumpul segala yang tercerai berai dan terhimpun segala yang terpisah, tertolak dari segala fitnah atas diriku dan bertambah baik urusan agamaku, terpelihara segala sesuatu yang jauh dariku dan terangkat apa yang dekat denganku, disucikan segala perbuatanku dan dicerahkan wajahku, diberi ilham menuju petunjuk, dan terpelihara diriku dari segala sesuatu yang jelek.”
 (H.R. Thabrani)

Doa Berlindung Dari Musibah Berat

  Bacaan Doa Berlindung Dari Musibah Berat

“Allaahumma innii a’uuzubika min jahdil balaa’i wa darakisy syaqaa’i wa suu ‘il qadaa’i wa syamaatatil a’da ‘i”

Arti Doa Berlindung Dari Musibah Berat

“Ya Allah, aku berlindung kepada-Mu dari musibah yang berat, celaka yang menimpa, keputusan (qada) yang buruk, dan kejahatan para musuh.”
(H.R. Bukhari)

Sudah bersediakah kita kesana?

Suatu hari Ibrahim bin Adham ingin membuang air kecil, lalu dia pun pergi ke tandas awam. Apabila dia ingin masuk ke dalam, seorang lelaki penjaga tandas menegurnya, “Wahai orang tua, bayarlah dulu sebelum masuk.”


Mendengarkan sapaan lelaki itu, air mata Ibrahim bin Adham pun bercucuran keluar dari matanya.

Lelaki tadi terkejut dan berkata, “Wahai orang tua, andai kata kamu tiada wang untuk dibayar, masuklah secara percuma. Janganlah menangis kerana ini.”

Ibrahim bin Adham menjawab, “Wahai pemuda, aku menangis bukan kerana aku tiada duit tetapi aku terfikir jika tempat sejijik ini pun harus dibayar untuk dimasuki, bagaimana pula dengan syurga Allah? Berapakah bayaran yang harus aku sediakan untuk masuk ke dalamnya?

Terima lah Qada dan Qadar Allah Seadanya..

Telah menceritakan kepada kami Musaddad berkata, telah menceritakan kepada kami Hammad dari ‘Ubaidullah bin Abu Bakar dari Anas bin Malik dari Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam, beliau bersabda: “Sesungguhnya Allah Ta’ala menugaskan satu Malaikat dalam rahim seseorang. Malaikat itu berkata, ‘Ya Rabb, (sekarang baru) sperma. Ya Rabb, segumpal darah!, Ya Rabb, segumpal daging! ‘ Maka apabila Allah berkehendak menetapkan ciptaan-Nya, Malaikat itu bertanya, ‘Apakah laki-laki atau wanita, celaka atau bahagia, bagaimana dengan rizki dan ajalnya? ‘ Maka ditetapkanlah ketentuan takdirnya selagi berada dalam perut ibunya.”

(BUKHARI – 307)
 

Friday, 21 September 2012

Aku Sayang Rasulullah S.A.W

قَالَ النَّبِيُّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ «لاَ يُؤْمِنُ أَحَدُكُمْ، حَتَّى أَكُونَ أَحَبَّ إِلَيْهِ مِنْ وَالِدِهِ و وَلَدِهِ و النَّاسِ أَجْمَعِينَ
 

Nabi SAW bersabda: "Tidak beriman seseorang daripada kamu sehingga aku lebih diCINTAI oleh kamu berbanding dengan anak-anak, kedua ibu bapa dan manusia yang lainnya." Hadis riwayat Bukhari dan Muslim

Doa untuk pasangan Berkahwin

Doa yang digalakkan Rasulullah S.A.W kepada pasangan yg berkahwin:


بارك الله لكما وبارك عليكما وجمع بينكما في خير

“Barakallahulakuma wa baraka alaikuma wa jama’a bainakuma filkhair “

 Semoga Allah memberkati kamu dan melimpahkan berkat kepada kamu dan menghimpunkan kedua kamu di dalam kebaikkan.

(Hadis Riwayat Abu Daud, Tirmidzi, Ibnu Majah dan lain-lain)

Wednesday, 19 September 2012

Solat Jemaah lah kita semua...

UNTUK PERHATIAN KAUM LELAKI..!!

Abddullah Al Asiri, 76, Merangkak dari rumahnya di selatan Al-azizi, Arab Saudi untuk menunaikan solat si sebuah masjid tidak jauh dari kediamannya. Asiri yang cacat kedua dua belah kaki sejak dilahirkan, tidak pernah ketinggalan menunaikan solat jemaah, walaupun terpaksa merangkak lima kali sehari sejak 65 tahun lalu.

 

 

Monday, 17 September 2012

Mahligai utk orang yg Istiqamah Solat 12 Rakaat

Dari Aisyah r.a meriwayatkan bahawa Nabi SAW bersabda: Barangsiapa yang istiqamah bersembahyang 12 rakaat, Allah akan membinakan mahligai untuknya di dalam syurga.
12 rakaat itu ialah: 
    4 rakaat sebelum Zohor
    2 rakaat selepas Zohor
    2 rakaat selepas Maghrib
    2 rakaat selepas Isyak
    dan 2 rakaat sebelum Subuh.
  (HR Nasa’i)

UAI (Q&A) - Langkah Quran, Kuliah, Nikah ke2, aurat & najis.

Nabi berpesan: " Aku tinggalkan kepada kamu dua perkara dan kamu tidak akan sesat selama kamu berpegang kepada keduanya iaitu ...